suria

Arsene Wenger Akhirnya Akui Kedekut

ARSENE Wenger mengakui telah mengawal perbelanjaan Arsenal seolah-olah wang kelab itu miliknya sendiri.

Ketua jurulatih Arsenal itu berkata, dia bertindak demikian kerana ingin berhati-hati dalam  pembelian pemain supaya tidak melakukan perpindahan tidak berbaloi.

Pengakuan itu dibuat selepas penyokong Arsenal sejak bertahun lalu mengutuk tindakan Wenger yang enggan berbelanja besar seperti perlu menggunakan wang sendiri sedangkan kelab lain berusaha mendapatkan pemain terbaik.

Wenger berkata demikian di dalam buku bertajuk Game Changers: Inside English Football yang ditulis oleh bekas jurulatih Charlton, Alan Curbishley.

"Saya secara peribadi percaya satu langkah untuk menjadi pengurus sebuah kelab ialah dengan berfikir bahawa membelanjakan wang kelab seperti wang sendiri.

"Ini kerana jika tidak berjaga-jaga, kita akan melakukan banyak kesilapan," katanya Wenger yang telah membimbing Arsenal sejak 20 tahun lalu.

Jurulatih kelahiran Perancis itu dikutuk teruk oleh penyokong Arsenal apabila hanya mendapat seorang pemain pada musim lalu iaitu Petr Cech dan membelanjakan £30 juta untuk Granit Xhaka pada musim ini.

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain