suria

Cabaran Nicol Di Terbuka Hong Kong Berakhir

KUALA LUMPUR: Juara bertahan remaja dunia, Nouran Gohar membantutkan kegembiraan Datuk Nicol David dalam menyambut hari jadinya, selepas pemain Mesir itu menewaskan ratu skuasy negara di separuh akhir Terbuka Hong Kong 2016, Sabtu.

Pemain berusia 18 tahun itu yang juga pilihan kelima kejohanan, mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Nicol yang menyambut hari jadinya ke-33 semalam, dengan 11-9, 11-7, 11-13 dan 11-9 dalam masa 57 minit perlawanan.

"Saya seperti tidak percaya, ia seperti mimpi. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran di sini, tetapi untuk menewaskan Nicol, beliau adalah legenda!," kata Gohar dalam Twitter kejohanan, Sabtu.

Pada Jumaat, Gohar mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England 11-8, 11-9, 8-11, 8-11, 14-12 dalam masa 80 minit perlawanan. 

Pemain Mesir itu akan berdepan Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir, Ahad.

Terdahulu, Sobhy menempah tempat ke pentas akhir selepas mengejutkan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini dari Mesir dengan 12-10, 11-5, 11-6. - Bernama

Nicol David

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain