KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan negara, Hendrawanakan mengetahui kedudukannya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 15 September ini. Kontrak juara dunia 2001 itu yang akan tamat pada Disember ini adalah antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kejurulatihan dan latihan (C&T) BAM pada15 Sept ini. Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata badan induktersebut perlu mendapatkan maklum balas daripada pemain mengenai prestasi jurulatih kelahiran Malang, Indonesia itu yang memulakan tugasnya bersama skuad negara pada 1 Julai 2009, sebelum membuat keputusan muktamad. "BAM akan lihat perkara ini kerana kebanyakan kontrak jurulatih kitaberakhir pada Disember dan penilaian ini adalah berdasarkan prestasi dan komen pemain sendiri. "Kami dapat tahu mengenai isu Hendrawan daripada media dan kita akan tanya Hendrawan juga sebelum membuat perincian mengenai jurulatih dan pemain di bawah naungan kita," katanya. Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Eksekutif MOM kali ke-179 di Wisma OCM pada Sabtu. Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini berharap BAM dapatmenyambung khidmat Hendrawan yang membuktikan keupayaan setelah membantunya kembali menerajui ranking nombor satu dunia dalam masa singkat selepas digantung lapan bulan akibat kes doping. Mohamad Norza menjelaskan mesyuarat C&T yang akan dipengerusikannya nantiakan turut membuat rumusan pasca Olimpik bagi memastikan prestasi cemerlang ditampilkan skuad negara pada Sukan Olimpik Rio baru-baru ini dapat diteruskanpada masa akan datang. Skuad badminton negara meraih tiga pingat perak di Rio, masing-masingmenerusi Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran). "Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen bagi merangka pelan jangka pertengahan dan panjang untuk memastikan momentum di Rio dapat diteruskan," katanya. Mengulas cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar pemain profesional termasuk bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli menyertai BAM untuk meningkatkan tahap permainan mereka, Mohamad Norza berkata pihaknyabersikap terbuka untuk menerima pemain yang berminat bernaung di bawah mereka. Beliau bagaimanapun menegaskan pemain yang berminat menyertai BAM perlubersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Mengambil contoh kejayaan cemerlang skuad badminton negara di Rio, beliau menegaskan ia sudah cukup menggambarkan BAM menyediakan latihan sistematik untukkesemua pemainnya menghadapi kejohanan dalam dan luar negara. "Dari dulu sehingga sekarang, kita berpandangan BAM adalah tempat terbaik untuk beliau (Zulfadli) meraih tempat ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kerana pemain naungan kita telah membuktikan dengan layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio, baru-baru ini. "Pemain profesional lain termasuk Zulfadli gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan ini membuktikan BAM mempunyai sistem sokongan yang mantap serta kejurulatihan bertaraf dunia selain sokongan sains sukan yang cemerlang daripada Institut Sukan Negara," tegas Mohamad Norza. -Bernama