NICO Rosberg meraih kedudukan petak pertama selepas pusingan kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium lewat Sabtu malam. Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1' 46.744s meninggalkan Max Verstappen di kedudukan kedua dengan kelebihan masa 0.149s. Verstappen,18, yang memandu jentera Red Bull menjadi pelumba termuda dalam rekod F1 yang berjaya memulakan perlumbaan di barisan kelompok hadapan. "Saya sangat teruja berada di tempat kedua di hadapan penyokon-penyokong sendiri," jelasnya yang lahir di Belgium (ibu), manakala bapanya berasal dari Belanda. Sementara itu, dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga dan keempat. Seorang lagi pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menguasai petak kelima apabila menamatkan saingan kelayakan 1:47.216s meninggalkan Sergio Perez dari pasukan Force India. Dalam pada itu, juara bertahan dunia, Lewis Hamilton terpaksa memulakan saingan di petak terakhir selepas dikenakan penalti kerana menukar komponen enjin. Senarai penuh keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba GP Belgium: 1. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:46.744 2. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - 1:46.893 3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:46.910 4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:47.108 5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull -1:47.216 6. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:47.407 7. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 1:47.543 8. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:47.612 9. Jenson Button (Britain) McLaren 1:48.114 10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:48.263 11. Romain Grosjean (Perancis) Haas - Ferrari 1:48.316 12. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:48.485 13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:48.598 14. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:48.888 15. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari 1:49.038 16. Pascal Wehrlein (Jerman) Manor - Mercedes 1:49.320 17. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:48.949 18. Esteban Ocon (Perancis) Manor - Mercedes 1:49.050 19. Daniil Kvyat (Rusia) Toro Rosso - Ferrari 1:49.058 20. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:49.071 21. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:50.033 22. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren