suria

Leicester Sedia Belanja Besar Dapatkan Islam Slimani

LEICESTER City bakal mencatat rekod perpindahan tertinggi kelab sekiranya penyerang Sporting Lisbon, Islam Slimani sah mejadi milik mereka.

The Foxes bersetuju mengeluarkan perbelanjaan 29.7 juta pound (RM159 juta) untuk mendapatkan Slimani.

Tawaran Claudio Ranieri 25 juta pound sebelum ini ditolak kelab Portugal itu, namun kembali dinilai selepas harga tawaran dinaikkan.

Pemain antarabangsa Algeria itu meledak 27 gol musim lalu dilaporkan akan menjalani ujian kesihatan sebelum keputusan akhir dibuat.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membuat keputusan di saat akhir sebelum tirai perpindahan pemain ditutup pada Rabu.

Dalam tempoh terakhir itu, Sporting Lisbon akhirnya bersetuju dengan bayaran 29.7 juta pound biarpun meminta 35 juta pound sebelum ini.

Slimani juga merupakan rakan sepasukan Algeria kepada penyerang sensasi Leicester, Riyad Mahrez.


Rekod nilai perpindahan pemain ke Leicester City:

Ahmed Musa - 18 juta pound (CSKA Moscow) 

Nempalys Mendy - 13  juta pound (Nice)

Shinji Okazaki - 9 juta pound (Mainz)

Leonardo Ulloa - 8 juta pound (Brighton)

Andrej Kramaric - 8 juta pound (HNK Rijeka)

Artikel Lain