ANDY Murray melengkapkan senarai lima pemain Britain yang layak mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak 1987 selepas menyingkirkan Lukas Rosol awal pagi Rabu. Murray yang menjadi pilihan untuk menambah gelaran Grand Slam keempatnya di New York setelah menundukkan Rosol, 6-3, 6-2. 6-2. Juara Wimbledon itu bakal berdepan dengan pemain ke-45 dunia, Marcel Granollers yang mengalahkan pemain Argentina Juan Monaco pada aksi pertamanya. Kemenangan Murray itu mengiringi empat lagi pemain Britain, Kyle Edmund, Dan Evans, Johanna Konta serta Naomi Broady ke pusingan kedua di Flushing Meadow buat kali pertama selepas 29 tahun. "Saya sempat melihat beberapa set permainan Kyle sebelu ini. "Kyle bermain sangat bagus. Saya ada berlatih dengannya sebelum ini. Pukulannya sangat sempurna, dan begitu juga dengan prestasinya yang semakin baik. "Malah pemain-pemain Britain yang lain juga bertambah baik," katanya.