BARISAN jurulatih terkemuka Eropah memilih untuk menghapuskan masa tambahan di peringkat kalah mati pertadingan bola sepak benua itu. Seramai 17 jurulatih yang hadir dalam perbincangan itu mahu kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti. Bekas jurulatih Manchester United, Alex Ferguson berkata, dia tidak suka melihat pemain berjalan di sekeliling padang kerana kepenatan pada masa tambahan. Malah jelasnya, banyak keputusan perlawanan tidak dapat ditentukan pada masa tambahan dan perlu diteruskan menerusi penalti juga. "Sesetengah jurulatih berkata lebih baik ia terus ke penalti dan sesetengah pula berpendapat ia memberi kelebihan kepada kelab-kelab kecil. "Apa yang jelas ketika ini ialah pemain terpaksa bermain terlalu banyak perlawanan dan perlu berjuang pada masa tambahan," kata Ketua Pegawai Teknikal, Ioan Lupescu. Ferguson membertiahu, dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, pemain berjalan di atas padang pada masa tambahan dan akhirnya kemenangan ditentukan menerusi penalti. Menurutnya, banyak pertandingan bola sepak berprestij di benua lain memilih untuk tidak bermain pada masa tambahan dan ia perlu difkirkan oleh UEFA.