suria

Terbuka AS: Muguruza, Raonic Tersingkir Awal

Garbine Muguruza.

JUARA Terbuka Perancis, Garbine Muguruza dan finalis Wimbledon Milos Raonic tewas mengejut pada pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Raonic yang juga pemain pilihan kelima gagal menyekat kemaraan pemain ranking ke-120 dunia Ryan Harison yang menang  6-7 (4-7) 7-5 7-5 6-1.

Pemain pilihan ketiga, Muguruza tewas 7-5 6-4 kepada Anastasija Sevastova.

Sementara itu, pemain pilihan utama, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga tanpa perlu bermandi peluh apabila Jiri Vesely menarik diri sebelum perlawanan.

Pemain Republik Czech berusia 23 tahun itu berkata dia amat kecewa kerana terpaksa menarik diri akibat kecederaan di lengan kirinya.

Juara bertahan, Djokovic yang masih bergelut dengan kecederaan di pergelangan tangannya mempunyai masa rehat selama tiga hari sebelum berdepan Mikhail Youzhny dari Rusia pada Jumaat.

Bekas juara Marin Cilic dan Gael Monfils dari Perancis serta Jo-Wilfried Tsonga turut mara ke pusingan seterusnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wilshere Sertai Bournemouth

Artikel Lain