suria

Terbuka AS: Radwanska, Serena Langkah Kanan

Agnieszka Radwanska.

PEMAIN pilihan keempat, Agnieszka Radwanska menamatkan peluang Noami Broady dari Britain untuk meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menang straight set 7-6 (11-9) 6-3.

Broady pemain ranking ke-82 dunia beraksi di pusingan kedua Grand Slam buat kali kedua dalam kariernya.

"Pukulan servisnya amat menakjubkan. Agak sukar untuk melakukan pukulan balas terhada pukulan servis yang berkelajuan 120mph.

"Saya amat gembira kerana saya bangkit pada set pertama. Ia set utama. Terlalu banyak larian dan pergelutan tetapi masih ada dua set lagi untuk saya," kata  Radwanska.

Radwanska boleh merampas kedudukan No.1 dunia milik Serena William yang juga pemain pilihan keutamaan kejohanan jika kekal konsisten dan meneruskan kemaraan sehingga ke final di Flushing Meadows.

Sementara itu, Serena turut mengikut jejak langkah kakaknya, Venus untuk mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan rakan senegara, Vania King 6-3 6-3.

Serena memenangi perlawanan Grand Slam ke-306 untuk menyamai rekod sepanjang masa Martina Navratilova.

Dalam satu lagi perlawanan berasingan, pemain Romania, Simona Halep yang juga pilihan kelima menundukkan Lucie Safarova dari Republik Czech, 6-3 6-4.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain