suria

Balotelli 'Tarik' Ratusan Peminat Nice

Mario Balotelli (kiri) bersama rakan sepasukan Dante ketika menjalani sesi latihan pertama. -fotoAFP
SESI latihan kali pertama Mario Balotelli dengan Nice dihadiri oleh beratus-ratus peminat, berbeza dengan situasi sebelum ini yang menyaksikan hanya ada lima atau enam peminat.

Pemain berusia 26 tahun itu berada di Perancis selepas mengalami masalah pada musim panas lalu, menyaksikan dirinya dikaitkan dengan berpuluh-puluh pasukan di seluruh Eropah.

Walaupun reputasi pemain itu masih diragui, dengan ramai yang percaya dia hanyalah seorang pemain yang tidak mempunyai disiplin psikologi yang perlu untuk menjadi seorang juara, dia masih mempunyai daya tarikan yang tidak dapat dinafikan dan mampu menyuntik semangat.

Latihan sulungnya bersama Nice, di mana dia menjadi orang pertama yang muncul di atas padang, telah dihadiri lebih 100 peminat yang berada di sana untuk melihat dia bermain dan meminta autograf serta berselfie.

Pemain itu juga dilihat berada dalam mood yang baik, melemparkan senyuman kepada semua orang dan terbukti  mesra dengan para penyokong dan kakitangan.

"Kami tidak pernah melihat situasi seperti ini, terutamanya pada pagi hari Khamis" kata jurucakap ultra Nice, Gregory Massabo, lapor Gazzetta dello Sport.

"Biasanya paling ramai hanya terdapat lima atau enam orang daripada kami.


"Kerana dia, kami sudah ada 200 orang. Seperti kami sudah berada dalam stadium."

Perjanjiannya yang melengkapkan kempen pemindahan luar biasa untuk pasukan Ligue 1 ini bersama dengan Dante dan Younes Belhanda, disambut dengan penuh semangat oleh akhbar tempatan.

"Dia adalah Zlatan Ibrahimovic kami. Tahun ini Nice boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada tempat keempat dan persembahan yang baik dalam Liga Europa," tulis editor Nice Matin, William Humberset.

Balotelli secara rasmi akan menghadiri sidang media hari ini.
Mario Balotelli, NIce, Ligue 1

Artikel Lain