suria

Kejayaan Malaysia Di Olimpik Turut Menyatukan Rakyat - Tiong Lai

KUALA LUMPUR:  Usaha untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan mahupun dalam sektor lain bagi melahirkan atlet-atlet cemerlang bertaraf antarabangsa akan diteruskan, jelas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kejayaan pasukan Malaysia pada Sukan Olimpik baru-baru ini bukan sahaja membawa balik pingat untuk negara, malah pingat lebih besar yang diraih adalah dalam menyatukan segenap lapisan masyarakat.

"Kekuatan sebenar negara kira dan semangat ini perlu terus dijulang tinggi demi mencapai aspirasi negara dalam apa sahaja sektor sekali pun.

"Dalam mengejar impian negara, pelbagai usaha, inisiatif dan pelan dilaksanakan.

"Asas kepada kejayaan kita tetap bergantung kepada semangat perpaduan dan besar harapan saya semoga semangat perjuangan ini terus membara antara semua demi kejayaan Malaysia," jelasnya pada Majlis Malam Penghargaan Hero Malaysia Rio 2016 di Wisma MCA, Rabu malam.

Pada majlis tersebut lapan atlet negara yang meraih pingat di Rio iaitU Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Azizulhasni Awang (berbasikal), Pandelela-Cheong Jun Hoong (terjun) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton) menerima trofi dan cenderahati wang tunai bernilai RM20,000 setiap orang.


Malah tidak ketinggalan juga, atlet-atlet yang tidak berjaya meraih pingat turut diberi penghargaan dengan menerima cenderahati.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, ketua kontinjen ke Olimpik  Tan Sri Dr. Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid serta jurulatih-jurulatih pasukan masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain