ZLATAN Ibrahimovic telah membuatkan ramai pemain khususnya bintang muda di Manchester United terkejut apabila melihatnya muncul buat pertama kali di bilik persalinan kelab berkenaan. Andreas Pereira mendedahkan, dia dan rakan sepasukan terpegun melihat kelibat bintang Sweden itu apabila membawa bersama ahli fisioterpi peribadi. Pemain tengah berusia 20 tahun yang dipinjamkan ke Granada itu memberitahu, dia dan rakan tergamam kerana Ibrahimovic mempunyai ahli fisioterapi peribadi. Kebiasaanya pemain akan menggunakan khidmat ahli fisioterapi kelab bagi mendapatkan rawatan atau nasihat. "Apabila dia (Ibrahimovic) tiba, semua memandangnya dengan menyifatkan dia benar-benar pemain profesional. "Kamu boleh lihat semangatnya yang hanya mahukan kemenangan. Dia hanya fikirkan tentang bola sepak, tiada lain. "Dia juga membawa ahli fisioterapi peribadi untuk merawatya di kelab, ia membuatkan semua orang terpegun melihat sikap profesional itu," jelasnya kepada akhbar sukan Sepanyol.