suria

JCM Tarik 650 Penyertaan Seluruh Negara

ALOR SETAR: Junior Cycling Malaysia (JCM) Kedah yang bermula di Menara Alor Setar, di sini dengan acara kriterium hari ini diikuti acara lebuh raya esok, berjaya menarik 650 penyertaan dari seluruh negara.

Pengarah JCM Azhar Jamal berkata jumlah penyertaan itu menunjukkan perkembangan positif untuk sukan berbasikal apabila ia melebihi sasaran awal 500 penyertaan, membabitkan peserta berusia 5 hingga 19 tahun.

"Bakat yang berjaya kita cungkil ini akan kita salurkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melahirkan lebih ramai atlet berbasikal negara," katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan JCM di sini pada Sabtu.

Pelepasan disempurnakan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang turut dihadiri Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

JCM merupakan satu insiatif Kementerian Belia dan Sukan serta MSN untuk mempromosikan sukan berbasikal melalui beberapa siri perlumbaan kriterium dan lebuh raya di seluruh negara.

Acara kriterium pada Sabtu melibatkan laluan 1.6 kilometer di sekitar Alor Setar, manakala acara lebuh raya esok melibatkan jarak 120km yang akan bermula dan berakhir di Menara Alor Setar melibatkan laluan Pedu dan Padang Terap.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata sukan berbasikal dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda dan penganjuran JCM merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat baharu.


Junior

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain