suria

Lupakan Tentang 'Tanda Harga', Kata Mourinho Kepada Pogba

Paul Pogba
PENGURUS Manchester United Jose Mourinho menggesa pemain tengah, Paul Pogba melupakan tentang 'tanda harga' rekod dunia dan menumpukan sepenuh perhatian untuk memberi sumbangan kepada pasukan.

United memecahkan rekod perpindahan dunia untuk membawa masuk Pogba, 23, kembali ke kelab dari Juventus bulan lepas dengan perjanjian awal bernilai 89 juta pound.


Namun, sehingga kini Pogba belum mampu menyumbangkan gol untuk United.

Tidak hairanlah ramai penyokong United mula melancarkan kritikan pedas terhadap Pogba.


Mereka mengkritik bahawa kelab lain yang yang mengeluarkan wang yang jauh lebih rendah berbanding United juga mampu menunjukkan prestasi baik.

"Pemain rekod dunia selalu menjadi soalan sehinggalah ada seseorang yang memecahkan rekodnya," kata Mourinho, memetik BBC Sport.


"Saya sedar ada kelab yang membayar 20, 30, 40 juta pound, untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar daripada apa yang Man United bayar untuk Paul kerana anda mengaitkannya dengan apa yang telah dibayar dan pendapatan kelab.


"Anda menyedari tentang kelab lain yang membayar 20, 30, 40 sebagai satu perkara yang lebih besar daripada apa yang Man United lakukan dan saya hanya mahu Paul untuk melupakannya dan bermain bola sepak.


"Bermain di final Euro, tiada perlawanan pra-musim, pula dari bercuti dan kembali - ia adalah perkara biasa, pada minggu pertama dia menunjukkan kesan yang sangat baik pada perlawanan pertama (kemenangan 2-0 United ke atas Southampton).


"Perkara biasa apabila selepas perlawanan pertama dia menunjukkan sedikit penurunan, tetapi saya meletakkan kepercayaan penuh kerana saya tahu dia pemain yang bagaimana.

"Saya tahu bahawa dia adalah seorang lelaki yang sangat bagus dengan penuh azam, jadi ia akan berlaku secara semula jadi dan akan 'datang' dalam pasukan. Pasukan menunjukkan peningkatan, Paul juga bertambah baik. Tiada masalah."

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain