ARSENE Wenger memuji persembahan yang dipamerkan Arsenal, tetapi menyatakan kekeliruannya terhadap penalti yang diambil Alexis Sanchez. Pengurus kelab itu berkata Santi Cazorla seharusnya mengambil penalti dalam perlawanan yang berlangsung malam Sabtu. Menghadapi Hull City di kandang lawan, Arsenal bagaimanapun tampil cemerlang dan menang 4-1. Sanchez berjaya menyumbat masuk dua gol dalam perlawanan tersebut dan nyaris mencipta hatrik. "Saya rasa secara keseluruhan ini adalah penampilan yang positif setelah bermain di tempat lawan di Liga Juara-Juara dan begitu juga hari ini," kata Wenger. "Kami mengawal dengan dengan baik, mendominasi dan lancar. Mereka bertahan dengan baik, tapi secara umum kami mampu meledakkan gol setelah penalti gagal dan kami harus serius dan mencipta gol selanjutnya. Dia berkata: "Santi Cazorla yang sepatutnya mengambilnya, saya tidak tahu mengapa ia tidak berlaku. "Adakah Santi tidak mahu mengambilnya, atau adakah Sanchez yang mengambil bola? Tetapi Sanchez tidak ditugaskan untuk mengambilnya. Wenger menambah dia berhasrat untuk bercakap dengan pemain berhubung apa yang berlaku. "Saya sentiasa mahu tahu apa yang berlaku dan supaya ia tidak berlaku lagi, kita perlu melihat mengapa ia berlaku. "Tetapi secara keseluruhan, sesiapa sahaja boleh terlepas penalti. Anda perlu menerimanya," katanya.