suria

Anak Didik Jose Mourinho Kembali Catat Kemenangan

ANAK didik Jose Mourinho kembali mencatatkan kemenangan selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini dengan menewaskan Northampton 3-1 dalam saingan Piala EFL.

Daily Mirror melaporkan, rentak permainan Manchester United bermula lebih baik dengan Michael Carrick diletakkan sebagai pemain tengah.

Pemain berpengalaman United itu turut menjadi hero kelab berkenaan selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16.

Tidak lama selepas itu, Northampton berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Alex Revell.

Ander Herrera yang diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan Carrick turut membuktikan penyudahnya dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-67.

Tidak cukup dengan itu, Herrera sekali lagi membantu United apabila melambungkan bola untuk membantu Marcus Rashford meledakkan gol ketiga pada minit ke-74.

Dengan aksinya yang dianggap memukau, Herrera turut dianugerahkan pemain terbaik perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Mourinho mampu menarik nafas lega selain dapat mencuba beberapa pemain dengan formasi berbeza selepas dikritik penyokong.







manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain