suria

Cedera Pangkal Paha, Lionel Messi Rehat Tiga Minggu

Lionel Messi mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Atletico Madrid, awal pagi Khamis.
LIONEL Messi tidak dapat beraksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika Barcelona mencatatkan keputusan seri menentang Atletico Madrid, Khamis.

Penyerang itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-59 minit dalam perlawanan itu selepas bertembung dengan Diego Godin.

Messi pada awal bulan ini terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Venezuela akibat kecederaan yang sama tetapi telah bermain dalam semua lima perlawanan La Liga musim ini.

Pemain Argentina itu mungkin akan kembali bersama Barca dalam Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada 19 Oktober.


Sebelum perlawanan itu, Messi tidak akan bermain dalam perlawanan menentang Borussia Monchengladbach (Liga Juara-Juara), Sporting Gijon dan Celta Vigo (La Liga) dan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Peru dan Paraguay.

Sergio Busquets juga terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada babak kedua dalam perlawanan yang sama.
Lionel Messi, cedera, Atletico Madrid

Artikel Lain