suria

Ujian Saringan Virus Zika Prosedur Normal - Dr Noriah

Dr Noriah (tiga kiri) bersama pegawai-pegawai kesihatan yang bertugas bagi menjalani ujian saringan virus Zika untuk kontinjen paralimpik negara.

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara termasuk pegawai dan atlet perlu menjalani ujian saringan virus Zika sebaik sahaja pulang dari yang pulang dari Sukan Paralimpik, Rio Brazil.

Menurut pakar perubatan, Datin Dr. Noriah Alajih, prosedur ujian saringan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang kembali dari luar negara.

"Kita sedia maklum virus Zika dari Brazil dan berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, ujian saringan perlu dibuat sebaik sahaja kontinjen negara pulang ke tanah air.

"Lebih kurang 50 orang (termasuk pegawai dan atlet) menjalani ujian saringan ini dan dalam tempoh dua atau tiga hari kita boleh tahu keputusan sampel ujian ini," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Noriah, lebih kurang 30 orang pegawai kesihatan bertugas untuk menjalankan ujian tersebut dan semuanya berjalan lancar.

Dalam pada itu, ujian saringan virus Zika tersebut dibuat selepas kontinjen negara tiba di tanah air pada Khamis yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik.

Sebagai rekod, pada aksi Sukan Paralimpik di Rio baru-baru ini, kontinjen negara berjaya meraih tiga  pingat emas menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20.

Virus Zika, Sukan Paralimpik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain