suria

Chong Wei Mara Ke Final, Peng Soon-Lie Ying Kandas

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah besar untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun.

Chong Wei hanya memerlukan masa 42 minit untuk menewaskan pemain lawan dari Belgium, Marc Zwieber dengan keputusan straight set, 21-14 dan 21-15.

Kemenangan tersebut sekali gus bakal menyaksikan pemain nombor satu dunia itu bertemu dengan pemain China, Yu Sun yang menduduki ranking ketujuh dunia dalam pertemuan akhir pada Ahad.

Bagaimanapun pasangan regu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal mengiringi kemenangan Chong Wei apabila tewas kepada pasangan dari Korea Selatan Song Hyun Ko dan Ha Na Kim.

Mereka tewas kepada regu campuran nombor satu dunia itu dengan keputusan straight set, 21-14 dan 21-18 dalam tempoh permainan 36 minit.


Lee Chong Wei, Terbuka Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Lain