suria

GP Malaysia: Akash, Nabil Mula Perlumbaan Di Petak 12 Dan 17

Akash Neil Nandy (kiri) dan Nabil Jeffri.

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Akash Neil Nandy yangmewakili Jenzer Motorsports, akan memulakan perlumbaan Grand Prix Siri 3 (GP3)di petak ke-12 di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu.

Pada pusingan kelayakan Jumaat, Akash melakukan catatan satu minit 50.749 saat manakala tiga pelumba dari pasukan Art Grand Prix akan memulakan perlumbaan di petak utama. 

Charles Leclerc mencatat masa terpantas dengan 1:49.861s diikuti Alexander Albon (1:50.030s) dan Nyck De Vries ketiga (1:51.176s). Saingan GP3 dan GP2 adalah acara sokongan bagi Grand Prix Formula Satu Malaysia yang bermula Jumaat sehingga Ahad.

Sementara itu, bagi saingan siri GP2, seorang lagi pelumba negara, Nabil Jeffri yang mewakili pasukan Arden International akan memulakan perlumbaan dipetak ke-17 selepas mencatat 1:43.761 saat dalam sesi kelayakan.

Pelumba pasukan Prema Racing, Pierre Gasly dan Antonio Giovinazzi,masing-masing mencatat masa terpantas dengan 1:42.181 dan 1:42.263 untuk berada di petak pertama dan kedua manakala Raffaele Marciello (Russian Time), ketiga dengan 1:42.526s.

"Ketika menggunakan set tayar pertama, saya melakukan catatan ke-15 terpantas dan berjaya memperbaiki catatan masa semalam, sekali gus merapatkan jurang dengan Gasly.

"Bagaimanapun, ketika menggunakan set tayar kedua, sesi itu menyaksikan bendera merah dikibarkan sewaktu saya mula mendapat rentak, berikutan kemalangan membabitkan Mitch Evans.

"Saya berharap dapat berlumba dengan baik di hadapan penonton tempatan esok. Saya perlu melakukan permulaan yang baik selain pertukaran tayar yang lancar,"kata Nabil. -Bernama

GP3, GP2, Nabil Jeffri, Akash Neil Nandy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain