suria

F1 Sepang: Hamilton Kuasai Petak Pertama

SEPANG: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton tampil dengan aksi konsisten dengan menamatkan pusingan kelayakan di tempat pertama pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Litar Antarabamgsa Sepang (SIC), Sabtu petang.

Juara dunia tiga kali itu mencatat masa terpantas 1:32.850 saat sekaligus mencatat rekod menguasai petak pertama buat kali ketiga beturut-turut di Litar Sepang.

Manakala rakan sepasukannya yang kini berada di kedudukan teratas keseluruhan pelumba, Nico Rosberg meraih tempat kedua (1.33.264 saat), dan pelumba Red Bull Max Verstappen di posisi ketiga rekod masa 1.33.420 saat.

Seorang lagi pelumba Red Bull Daniel Ricciardo berada di tempat keempat, diikuti dengan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonan di kedudukan kelima dan keenam.

Keputusan pusingan kelayakan ini tidak banyak berubah berbanding sesi latihan akhir awal Sabtu yang menyaksikan Hamilton, 31, turut menguasai litar dan diekori rapat oleh pelumba Verstappen manakala Rosberg di tempat ketiga.

"Terima kasih kepada pasukan yang terus meningkat dan menyediakan jentera terbaik untuk berada di sini tahun ini.

"Sudah tentu keadaan kereta ini berada dalam keadaan memuaskan dan terbaik. Sebelum ini Nico meraih kemenangan tetapi hari ini kereta saya sangat menakjubkan dan saya gembira, malah saya yakin boleh melakukan pecutan yang lebih laju," ujar Hamilton.

Walaupun dijangka bakal mendapat tentangam sengit daripada pasukan Red Bull dan Ferrari yang mengekori rapat ketik saingan kelayakan, Hamilton yakin prestasinya berada di landasan yang tepat.

"Saya dapat rasakam mereka akan lebih laju bagi perlumbaan nantu. Namun sekiranya esok situasi seperti ini, dengan litar yang lebih baik sebelum tahun-tahun sebelum ini, ia bakal menjadi satu persaingan yang amat sengit," tambahnya.


Keputusan penuh pusingan kelayakan GP Malaysia:

1.Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:33.046 
2. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:33.609 3. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:33.775 
4. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:33.888
5. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:33.903 6. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:33.972 7. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:34.422 
8. Jenson Button (Britain) McLaren 1:34.431 9. Nico Huelkenberg (jerman) Force India - Mercedes 1:34.441 
10. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:34.538
11. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:34.577 
12. Romain Grosjean (Perancis) Haas - Ferrari 1:35.001 
13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:35.097 
14. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:35.277 
15. Daniil Kvyat (Rusia) Toro Rosso - Ferrari 1:35.369
16. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari 1:35.374

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain