suria

Hajat Khairul Hafiz Lebur Rekod 200M Tak Sampai

Khairul Hafiz Jantan

KUALA LUMPUR: Hasrat Raja Pecut negara, Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter yang sudah bertahan selama 48 tahun tidak kesampaian di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, petang Ahad.

Biarpun masih meraih emas di kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Malaya di sini dengan catatan 21.10 saat, ia masih tidak melepasi pencapaian peribadi terbaiknya sebelum ini iaitu 21.00s yang dilakukan di Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam awal tahun ini.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri) bersama Khairul Hafiz selepas memenangi acara 200 Meter Kategori Lelaki Akhir Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-93 di Universiti Malaya pada Ahad. -fotoBERNAMA

Rekod kebangsaan berusia 48 tahun iaitu 20.92s adalah milik Tan Sri Dr M. Jegathesan yang dicatatkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico 1968.

Pingat perak acara itu menjadi milik G. Aravin Thevar dari Angkatan Tentera Malaysiayang mengekori rapat dengan 21.14s manakala Jonathan Nyepa dari Sarawak meraih gangsa dengan 21.18s.

Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Badrul Hisyam Abdul Manap yang dijangka memberi saingan sengit bagaimanapun terpaksa akur di tempat keempat dengan masa 21.24s.

Artikel Sebelum

Artikel Lain