suria

Altet Olimpik, Paralimpik Bertemu Peminat Di F1 Sepang

BARISAN atlet Olimpik dan Paralimpik yang hadir ke sesi bertemu peminat di Lita Sepang pada 2 Oktober 2016.

SEPANG: Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Shell Malaysia dimeriahkan lagi dengan kehadiran atlet-atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio pada sesi bertemu peminat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini pada Ahad.

Antara atlet yang hadir termasuk pemegang pingat gangsa Olimpik, Azizulhasni Awang (berbasikal); Pandelela Rinong (pingat perak,terjun); pemenang pingat emas Paralimpik,  Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36; Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20.

Turut hadir atlet Olimpik Fatehah Mustafa serta Nur Dabhitah Sabri.

Barisan atlet Olimpik dan Paralimpik meluangkan masa bersama peminat di Litar Sepang pada 2 Oktober 2016.

Sementara itu, Siti Noor Radiah memberitahu, dia amat teruja dengan sambutan yang ditunjukkan peminat di sini.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang bertemu penyokong-penyokong sukan tanah air di Litar Sepang.

"Terima kasih kepada semua," jelasnya ringkas ketika ditemui mStar Online.

Sempena perlumbaan F1 Malaysia tahun ini, SIC telah mengadakan sesi khas atlet negara bersama peminat sebagai tanda penghargaan mereka yang meraih kejayaan cemerlang pada Sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio, Brazil baru-baru ini.

Paralimpik, Olimpik, F1 Sepang

Artikel Berikut

Artikel Lain