suria

Croatia Belasah Kosovo 6-0

Mandzukic (kiri) menjaringkan hatrik ketika aksi menentang Kosovo.

MARIO Mandzukic mencipta hatrik untuk membantu Croatia membelasah pendatang baru dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kosovo 6-0 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Kumpulan I di Shkoder, Albania.

Penyerang Juventus itu menjaringkan gol pada minit keenam, ke-24 dan ke-35 untuk menjadikan jumlah jaringan antarabangsanya kepada 27 gol.

Tiga lagi gol dijaringkan Matej Mitrovic pada minit ke-68, Ivan Perisic (m-83) dan Nikola Kalinic pada masa kecederaan.

Perlawanan kelayakan ini merupakan aksi pertama Kosovo di gelanggang sendiri sejak diterima sebagai ahli badan induk bola sepak dunia FIFA dan UEFA pada Mei lalu.

Malah, penampilan antarabangsa pertama Kosovo, selepas diisytiharkan merdeka daripada Serbia pada tahun 2008, menyaksikan pasukan itu turut terikat 1-1 dengan Finland bulan lalu.

Croatia yang meraih empat mata daripada dua perlawanan, mendahului Iceland dengan perbezaan gol dalam Kumpulan I.

Ukraine pula menduduki tangga ketiga dengan mengutip dua mata manakala Kosovo di kedudukan tercorot dengan satu mata. 

Mario Mandzukic, hatrik, Crotia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain