suria

Zulfadli Raih Kejuaraan Kedua Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli melakar kejayaan terbaharu apabila meraih kejuaraan Terbuka Rusia yang berlangsung di Vladivostok, Rusia, Ahad.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua pada kejohanan berstatus Grand Prix selepas pemain berusia 23 tahun itu memenangi Terbuka Brazil, awal bulan lepas.

Pada aksi final, bekas juara remaja dunia itu tidak diberikan laluan mudah sebelum bergelar juara apabila terpaksa bertarung selama lebih satu jam untuk menundukkan pemain India, Siril Verma.

Zulfadli yang tewas di set pertama 16-21, bangkit memenangi set kedua dengan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum menang set ketiga 21-10.-- Bernama


Artikel Lain