suria

Mourinho Sedia 'Ubati' Luka Rooney

Mourinho dan Rooney (kiri).

JOSE Mourinho dijangka sedia menurunkan kaptennya Wayne Rooney menjelang pertemuan dengan Liverpool awal pagi Selasa selepas mendakwa kaptennya itu 'terluka' dengan kritikan-kritikan media ke atasnya sejak akhir-akhir ini.

Pengurus Portugis itu mengakui, Rooney perlu 'menyembuhkan' kembali luka yang menghantuinya sepanjang musim ini.

Prestasi  Rooney musim ini banyak mendapat kritikan sehingga memaksa Mourinho mengetepikannya dalam barisan utama pada tiga perlawanan akhir sebelum ini.

Malah Rooney turut menjadi pemain gantian ketika perlawanan England bertemu Slovakia dalam aksi Pusingan Kelayakan Piala Dunia selepas diejek oleh penyokong sendiri ketika aksi kemenangan ke atas Malta.

Mourinho percaya, kritikan prestasi Rooney ketika perlawanan bertemu Slovakia pada September lalu telah merosakkan keyakinan dirinya.

"Kamu yang telah melakukannya (perkara yang melukakan hati).

"Saya tidak fikir kamu boleh buat lebih daripada itu. Jadi bagi saya, inilah masanya untuk dia kembali memperbaiki apa yang telah kamu lakukan.

"Dan perkara paling baik baginya apabila mempunyai 'perasaan seperti berada di rumah sendiri' ketika berada di sini," jelas Mourinho.

Dalam pada itu, Mourinho mengharapkan Rooney bangkit dan menepis segala kritikan ke atasnya itu.

"Saya tidak cakap bahawa dia lemah. Kamu boleh membuatkan saya terluka, tetapi tidak boleh melemahkan saya.

"Dan saya yakin Rooney seperti itu juga," jelasnya.

Selain itu, United bakal bertandang ke Stadium Anfield bertemu Liverpool dalam perlawanan yang dianggap klasik Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

Jose Mourinho, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain