John Stones menegaskan bahawa dia tidak takut berdepan Lionel Messi dan Barcelona menjelang perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.
"Ia tidak menakutkan saya (berdepan Messi), tidak," kata Stones kepada pemberita.
"Saya rasa anda perlu bermain menentang yang terbaik untuk melihat bagaimana anda boleh berurusan dengannya dan ia juga sentiasa membuatkan anda memberikan aksi terbaik.
"Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dunia, mudah sahaja. Saya rasa kami sebagai pemain bola sepak, lebih menghargainya apabila perlu berdepan dengannya dan lihat sahaja apa yang dia mampu boleh lakukan," katanya.
Pemain pertahanan England itu juga mendedahkan dia telah membesar dengan menonton aksi Messi.