suria

Sergio Aguero Bakal Jadi Mangsa Pep Guardiola

SERGIO Aguero didakwa bakal menjadi mangsa tindakan kejam seterusnya oleh Pep Guardiola yang sedang melakukan revolusi berprofil tinggi di Manchester City lapor Daily Mirror.

Pada musim ini, Aguero telah menjaringkan 11 gol daripada 10 penampilan, namun Guardiola menuntut sesuatu yang lebih daripada itu.

Akibat gagal memberi apa yang diminta bekas jurulatih Bayern Munich itu, Aguero di sisihkan daripada kesebelasan utama.

Akibat ketegangan antara pemain dan jurulatih berkenaan, beberapa kelab mula mengintai khidmat Aguero yang berusia 28 tahun.

Malah City juga dilapor sedang mengintai beberapa penyerang yang sedang mencipta nama dan antaranya ialah Pierre-Emerick Aubameyang.

Selain Aguero, Vincent Kompany antara nama yang akan menjadi mangsa revolusi Guardiola pada jendela pemindahan Januari ini.

Kompany yang dibelenggu kecederaan turut disisihkan Guardiola dan dijangka akan dijual pada Januari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain