suria

V Shem-Wee Kiong Rangkul Trofi Juara Terbuka Denmark

Pasangan beregu negara berjaya meraih trofi juara Terbuka Denmark pada Ahad malam.

KUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meraih gelaran pertama badminton siri super apabila memenangi Kejohanan Terbuka Denmark di Odense Sports Park, Ahad malam.

Pada saingan final, beregu pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, itu terpaksa bangkit dari ketinggalan set pertama untuk menjinakkan beregu handalan Thailand, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet 14-21, 22-20, 21-19.

Dalam pertarungan selama sejam itu, V Shem-Wee Kiong, yang menghuni ranking ketujuh dunia, bermula agak gugup apabila tewas set pertama 14-21, bagaimanapun, bangkit untuk menang set kedua dengan 22-20.

Dalam set penentuan yang mendebarkan, V Shem-Wee Kiong yang ketinggalan11-7, kembali memperkemaskan rentak perlawanan untuk mengutip mata demi mata sebelum menamatkan kemarau kemenangan dengan 21-19. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain