MANCHESTER United disenarai sebagai pasukan yang membayar gaji tertinggi di dunia menurut kajian global, dengan skuad utamanya diberi gaji purata sebanyak £5.77 (RM316 juta) setahun setiap seorang. Kaji selidik itu dilakukan terhadap 10,000 ahli sukan daripada 333 pasukan meliputi 17 liga terkaya dunia. Walaupun pasukan bola keranjang dikesan sedang mendaki carta pasukan yang membayar gaji tertinggi kerana Brexit dan peningkatan jumlah bayaran tajaan namun United masih kekal kelab yang membayar gaji tertinggi setakat ini. Kajian itu juga menunjukkan purata gaji pokok yang dibayar kepada setiap pemain Liga Perdana Inggeris adalah sebanyak £2,438,275 (RM13.5 juta) setahun atau £48,766 (RM270,00) seminggu. Jumlah yang dibayar kepada setiap pemain di England adalah sekali ganda daripada yang diterima setiap pemain La Liga secara iaitu sebanyak £24,786 (RM137,000) seminggu. Kajian yang dilakukan The Global Sports Salary Survey (GSSS) itu mendapati pemain di Old Trafford menerima gaji pokok sekitar £110,962 (RM616,585) seminggu. Peningkatan kedudukan United sebagai majikan yang membayar gaji tertinggi juga dipengaruhi oleh kemasukan Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic pada awal musim ini. Barclona yang memiliki tiga rangkaian penyerang terbaik dunia iaitu Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez berada di kedudukan kedua manakala Manchester City ketiga dan Real Madrid keempat.