Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan setelah Betis menduduki posisi ke-14 carta La Liga dengan empat kali kalah dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Kelab terpaksa memecat Poyet apabila para penyokong Betis mula mengugut untuk memboikot semua perlawanan di kandang sendiri musim ini.
Poyet sebelum ini pernah membimbing kelab Sunderland dan AEK Athens sebelum berhijrah ke Betis pada Mei lalu dengan kontrak dua tahun.
Jurulatih berusia 40 tahun itu sebelum ini pernah membimbing Deportivo La Coruna dan terakhir bertugas di Olympiakos.
Tugasnya paling besar adalah memastikan kemenangan Betis dalam perlawanan menentang Las Palmas pada Jumaat.