Serbia mengikat kedudukan seri 1-1 dengan Wales di Stadium Cardiff City.
Mitrovic yang bermain untuk kelab Newcastle United menyumbat gol dengan tandukan apabila mendapat umpan silang Antonio Rukavina ketika pertandingan berbaki lima minit.
Sebelum itu, Wales berjaya mendahului 1-0 di mana sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti dilepaskan oleh Gareth Bale pada minit ke-30.
Dengan keputusan seri ini, ia tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan.
Serbia berada di posisi kedua dengan lapan mata sementara Wales di posisi ketiga dengan enam mata.
Susunan pemain:
Wales (4-4-2): Hennessey, Gunter, Chester, Williams, Taylor, Allen, Ledley, Bale, Ramsey, Vokes, Robson-Kanu.
Serbia (5-4-1): Stojkovic, Rukavina, Ivanovic, Maksimovic, Nastasic, Obradovic, Tadic, Matic, Milivojevic, Kostic, Mitrovic.