suria

Barcelona Ikat Perjanjian Tajaan Bersama Rakuten

Bartomeu (kiri) bersama pemilik Rakuten, Mikitani yang menjadi penaja kelab musim depan.

BARCELONA mengikat perjanjian tajaan bersama syarikat membeli-belah atas talian terbesar, Rakuten dari Jepun bernilai 200 juta pound.

Perjanjian tajaan itu diikat selama empat tahun dengan pilihan sambungan selama setahun bakal menyaksikan logo Rakuten berada di hadapan jersi skuad Barcelona musim depan.

Rakuten hanya menaja untuk jersi pertama Barcelona, manakala bagi kit latihan masih dalam perbincangan bersama penaja sedia ada, Qatar Airway yang dijangka akan terus menjadi rakan penaja rasmi untuk pesawat kelab.

Presiden kelab, Josep Bartomeu mendedahkan lebih awal perjanjian baharu bersama Rakuten ini selepas perbincangan yang dibuat pemain pertahanan Gerard Pique mencapai kata sepakat kedua-dua belah pihak.

Bekas pemain Manchester United itu sememangnya mempunyai hubungan komersial di Jepun dan turut dilihat bersama Ketua Eksekutif Rakuten, Hiroshi Mikitani atau Mickey tahun lalu.

Pique (kiri) bersama Mikitani tahun lalu.


"Kami berbesar hati dengan perjanjian penaja bersama Rakuten yang terkenal di peringkat global.

"Perjanjian ini diharap akan memberi pencapaian yang besar dalam bidang sukan dan kemersial seterusnya membantu merealisasikan impian kelab," jelas Bartomeu.

Sementara itu, Mitani berkata, pihaknya sangat gembira menjalinkan kerjasama dengan Barcelona yang dapat membuka peluang lebih besar untuk jenamanya.

"Saya telah mengikuti kelab ini sejak sedekad dan saya meminati gaya unik dan profesional, komitmen untuk berjaya serta budaya mencungkil bakat muda - dan nilai ini dikongsi di Rakuten".

Rakuten merupakan pusat membeli belah secara online di Jeopun dan berada di tangga kesebelas dunia dari segi pendapatan keseluruhan.

Mereka dikenali sebagai 'Pusat Beli-Belah Internet Terbesar di Jepun'.

Selain pusat membeli-belah, mereka juga menawarkan perkhidmatan perbankan serta pelancongan.

Tahun lalu, Rakuten merekodkan hasil pendapatan 83.5 bilion pound  dengan keuntungan bersih 5.18 bilion pound.

Mereka turut memiliki Play.com sehingga 2011 sebelum ditukar kepada Rakuten.co.uk pada Mac tahun lalu.

Barcelona, Rakuten

Artikel Sebelum

Keputusan Jelajah Dunia ATP

Artikel Berikut

Artikel Lain