suria

Gol Ke-10 Costa Bawa Chelsea Kedudukan Teratas

Aksi Diego Costa selepas meraikan gol buat Chelsea ketika menentang Middlesbrough pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin. Foto Reuters

GOL ke-10 Diego Costa membawa kemenangan kepada Chelsea ketika menentang Middlesbrough dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

Kelab di bawah pimpinan Antonio Conte itu menundukkan Middlesbrough dengan 1-0.

Menjadi pasukam tamu di Stadium Riverside, Middlesbrough di Britain itu, Chelsea dilihat lebih mendominasi permainan.

Costa yang merupakan penyerang Chelsea memberikan jaringan pada minit ke-41 bermulanya aksi di kotak penalti Middlesbrough.

Sehingga ke akhir permainan, Chelsea berjaya mempertahankan kedudukan menerusi gol tunggal Costa.

Ia sekaligus mempamerkan Costa sebagai pemain handalan Chelsea pada musim ini.

Daripada 12 perlawanan, pemain kelahiran Brazil itu telah meraih 10 gol.

Gol Costa berkenaan turut membawa Chelsea pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris, dengan 28 mata.

Ia diikuti Liverpool dan Manchester City, masing-masing memperoleh 27 mata.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain