HECTOR Bellerin yang menyertai Arsenal dari Barcelona pada 2011 dilaporkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab itu. Evening Standard melaporkan tentang perjanjian enam tahun setengah itu yang bernilai lebih dari £100,000, seminggu. Pemain antarabangsa Sepanyol itu memberitahu laman web rasmi kelab: "Saya benar-benar gembira dan kelab ini adalah rumah saya sekarang. "Saya tidak memikirkan tentang perkara lain selain daripada tinggal di sini dan terus membangunkan diri saya di sini. Ini tempat yang membuatkan saya gembira. "Saya seorang pemain yang akan cuba menjadi contoh untuk semua orang, bukan hanya di atas padang tetapi juga di luar padang. "Sekarang saya hanya perlu terus maju, terus bekerja keras untuk menjadi seorang pemain terbaik dan mudah-mudahan dapat membantu pasukan untuk memenangi kejuaraan. Itulah apa yang semua orang mahukan dan itulah apa yang saya akan usahakan." Pemain berusia 21 tahun ini menyertai pasukan pertama kelab utara London itu pada musim 2014/15 dan membuat 44 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu dan menjaringkan sembilan gol. Bellerin telah membuat 11 penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi mengalami kecederaan sebelum direhatkan selama beberapa minggu.