PEMAIN tengah Armenia, Henrikh Mkhitaryan disahkan bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika Manchester United menentang Feyenoord pada Jumaat ini. Mkhitaryan dikatakan gagal menyerlah sejak berhijrah ke United dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan berjumlah £26 juta sehingga memaksa Jose Mourinho mengetepinya. Bagaimanapun, ketua jurulatih United itu sedia memberi peluang kepada pemain berkenaan pada Jumaat ini. "Saya telah memberitahunya yang dia akan terlibat dalam perlawanan menentang Feyenoord. "Saya juga berkata padanya 'Arsenal bukan perlawanan untuk kamu'. "Saya beritahu, dia perlukan perlawanan yang baik untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama atau separuh masa kedua. "Dia perlu kurangkan tekanan untuk menjadi lebih baik dan meningkatkan kualiti di atas padang. Dia sedang mencuba," jelas Mourinho.