suria

United, Adidas Berpakat Pancing Messi

MANCHESTER CITY berhasrat memecahkan rekod dunia perpindahan pemain apabila mahu membawa bintang Barcelona, Lionel Messi ke Etihad dengan tawaran mencecah 230 juta pound (RM1.257 bilion).

Namun seteru terdekat City, Manchester United enggan membenarkan perpindahan itu menjadi kenyataan apabila dilaporkan meminta bantuan penaja utama mereka, Adidas untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Argentina tersebut.

Menurut media Sepanyol, Marketing Deportivo, syarikat Adidas yang menaja United sebanyak 75 juta pound (RM410 juta) setahun bimbang dengan prestasi skuad bimbingan Jose Mourinho pada musim ini yang dilihat bakal memberi kesan terhadap jenama sukan terkenal itu.

Bagi memulihkan keadaan, Adidas yang juga menaja Messi sejak lebih 13 tahun, sedia bekerjasama dengan United bagi memancing pemain berusia 29 tahun itu ke Old Trafford.

Messi masih memiliki kontrak bersama Barcelona sehingga 2018 dan klausa pembeliannya bernilai 215 juta pound (RM1.175 bilion).

Namun United dan Adidas sedia membayar Messi sebanyak 85 juta pound (RM464 juta) agar tidak melanjutkan kontrak dengan Barcelona.

Kemudian apabila kontrak pemain licik itu tamat, United sekali lagi dengan bantuan Adidas akan menawarkan kontrak yang bernilai 42 juta pound (RM229 juta).


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pogba Lembab, Bailey Terpantas

Artikel Lain