suria

Hamilton Tawan Litar Yas Marina, Rosberg Juara Dunia

Rosberg juara dunia 2016.

DUA pelumba Mercedes menamatkan perlumbaan di kedudukan satu dua yang menyaksikan Lewis Hamilton merakam masa terpantas di Litar Yas Marina manakala Nico Rosberg dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama.

Rosberg dijulang oleh pasukannya selepas bergelar juara dunia.


Seperti diduga, persaingan dua pelumba akhir ini menjadi tumpuan dunia apabilan persaingan merebut gelaran juara dunia berlaku di antara kedua-dua pelumba dalam satu pasukan itu.

Rosberg kelahiran Jerman mendahului kedudukan pelumba keseluruhan sebelum ini dengan kelebihan 12 mata ke atas Hamilton.

Biarpun Hamilton berjaya meraih trofi kemenangan pada pusingan akhir Formula Satu (F1) musim ini, pelumba Britain itu gagal mencari kelebihan mata untuk mengatasi Rosberg. Dia hanya mengumpul 355 mata sebelum turun ke litar itu.

Rosberg berdiri di atas jenteranya sebaik sahaja menamatkan perlumbaan akhir di Litar Yas Marina dan bergelar juara dunia 2016.


Pada perlumbaan penuh dramatik ini, Hamilton konsisten berada di barisan hadapan dan mencatat masa terpantas 1:38:04.013 saat bagi 55 pusingan, manakala Rosberg 1:38:04.452.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel berada di tempat ketika dengan ketinggalan +0.439s diikuti pelumba dua Red Bull Max Verstappen dan Daniel Ricciardo berada di tempat keempat serta kelima.

Walaupun gagal mempertahankan trofi kemenangannya di litar ini tahun lalu, Rosberg,31, tetap merakam kenangan manis di Abu Dhabi apabila dinobat sebagai juara dunia buat kali pertama dalam kariernya sejak menceburi perlumbaan profesional ini pada tahun 2006.

Sebagai rekod, Hamilton yang juga berusia 31 tahun merupakan juara bertahan sejak dua tahun berturut-turut (2014,2015) selepas kali pertama menjulangnya pada tahun 2008.


Keputusan penuh perlumbaan akhir Formula 1 GP Abu Dhabi:

1. Lewis Hamilton MERCEDES 1:38:04.013

2. Nico Rosberg MERCEDES +0.439s

3. Sebastian Vettel FERRARI 55 +0.843s

4. Max Verstappen RED BULL RACING TAG HEUER +1.685s

5.Daniel Ricciardo RED BULL RACING TAG HEUER +5.315s

6. Kimi Räikkönen FERRARI +18.816s 8

7. Nico Hulkenberg FORCE INDIA MERCEDES +50.114s

8. Sergio Perez FORCE INDIA MERCEDES +58.776s 

9. Felipe Massa WILLIAMS MERCEDES +59.436s 

10. Fernando Alonso MCLAREN HONDA +59.896s 

11. Romain Grosjean HAAS FERRARI +76.777s 

12. Esteban Gutierrez HAAS FERRARI +95.113s

13. Esteban Ocon MRT MERCEDES

14.Pascal Wehrlein MRT MERCEDES

15.Marcus Ericsson SAUBER FERRARI

16.Felipe Nasr SAUBER FERRARI

17. Jolyon Palmer RENAULT

F1, Abu Dhabi, Hamilton, Rosberg

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain