suria

Kesilapan Gomes Beri Kemenangan Buat Stoke City

Gomes menyelamatkan tandukan yang dilakukan Adam, namun kaki kanannya sudah melepasi garisan gol.

KESILAPAN penjaga gol tuan rumah, Heurelho Gomes memberi kemenangan 1-0 kepada Stoke City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad malam.

Penjaga gol Watford itu membuat kesilapan tanpa diduga apabila cuba menyelamatkan bola hasil tandukan Charlie Adam namun tanpa sedari sebelah kakinya (kanan) melepasi garisan gol pada minit ke-29.

Kesilapan yang dibuat Gomes itu menyaksikan corak permainan Watford mulai goyang dengan aksi tidak fokus ketika membawa bola ke arah gawang Stoke City.

Malah turut menyaksikan berlaku adegan kasar anak buah Walter Mazzarri itu terhadap pemain lawan mereka.

Pun begitu, Stoke City yang dibimbing Mark Hughes gagal menambah jaringan gol biarpun beberapa peluang untuk berbuat demikian.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel akhir dibunyikan oleh pengadil Reobert Madley.

Kemenangan meletakkan Stoke City di tangga ke-10 liga, manakala Watford kekal di tangga kelapan.

Senarai pemain:

Watford (3-4-3): Gomes; Kaboul (Kabasele 21, 5), Prodl , Britos; Janmaat , Capoue , Behrami , Holebas  (Ighalo 56, 6); Amrabat  (Okaka 78), Deeney (c) , Pereyra 

Pengurus : Walter Mazzarri 

Stoke City (4-2-3-1): Grant ; Johnson , Martins Indi , Muniesa , Pieters ; Imbula , Adam ; Diouf , Shaqiri , Arnautovic (Crouch 81); Walters (c) 

Pengurus: Mark Hughes

Watford, Stoke City

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain