suria

Teck Zhi Mara Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Soo Teck Zhi mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Wales yang berlangsung di Sport Wales National Centre, Cardiff, Wales pada Khamis.

Pemain bukan pilihan itu menewaskan Mateusz Dubowski dari Poland dengan straight set, 21-19 dan 21-19 dalam perlawanan pembukaan persendirian lelaki, menurut laman sesawang www.badminton.wales.

Bagaimanapun, Teck Zhi berhadapan cabaran besar di pusingan kedua, Jumaat nanti apabila berhadapan pemain pilihan kedua, Brice Leverdez selepas pemain Perancis itu menewaskan Luka Wraber dari Austria, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan pembukaan. 

Seorang lagi pemain Malaysia, Soong Joo Ven mengalami nasib berbeza selepas tewas 12-21 dan 13-21 kepada pemain pilihan pertama Hsu Jen Hao dari Taiwan.

Dalam acara beregu campuran, Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai membuat kejutan apabila mengalahkan pilihan kelapan, Gregory Mairs/Jenny Moore dari England dengan 25-23 dan 21-12 dalam perlawanan pembukaan.

Beberapa pemain Malaysia dalam tiga acara, beregu lelaki dan persendirian serta beregu wanita akan memulakan kempen mereka lewat Khamis. - BERNAMA

Soo Teck Zhi, Terbuka Wales

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain