PENYERANG Poland, Robert Lewandowski melanjutkan kontraknya bersama Bayern Munich sehingga 2021. Kontrak Lewandowski dijangka tamat pada 2019 dan timbul khabar angin bahawa dia akan berhijrah ke Real Madrid. Namun spekulasi itu tidak benar apabila dia menzahirkan komitmennya bersama Bayern. Penyerang berusia 28 tahun itu menjaringkan 30 gol dalam 32 perlawanan pada musim lalu. Susulan kejayaan itu, dia dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dan membantu Bayern memenangi trofi kejuaraan tersebut. Pada musim ini, dia menjaringkan 11 gol dalam 14 aksi liga dengan lima gol disumbangkan pada aksi Liga Juara-Juara. "Saya amat berbangga kerana rundingan ini berakhir dengan keputusan positif dan saya akan kekal bersama Bayern dalam tempoh beberapa tahun lagi," katanya.