KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila mara ke saingan final Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pada perlawanan awal pagi Ahad, V Shem-Wee Kiong hanya mengambil masa selama 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16. Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan itu ke final untuk bertemu beregu Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda pada Ahad. Pada aksi separuh akhir itu, Kamura-Sonoda menundukkan Mads Conrad-Petersen-Made Pieler Kolding dari Denmark, 21-17, 21-19. Untuk rekod, dalam tiga pertemuan dengan pasangan Jepun yang kini merupakan beregu nombor lima dunia, V Shem-Wee Kiong hanya memenangi satu perlawanan sahaja.