Jika sebelum ini Mourinho, yang juga bekas pengurus Chelsea ini cukup terkenal sebagai jurulatih yang gemar 'parkir bas' terutama ketika berdepan pasukan besar, namun pada musim ini dia tampil untuk lebih menyerang bersama United.
Bagi Chelsea pula, kelab ini mendapat pujian setelah mencatat 'clean sheet', menang dalam semua 11 perlawanan terakhir mereka termasuk tiga kemenangan tipis 1-0 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris dan kini berada di tempat pertama liga, 13 mata di hadapan United.
Ditanya sama ada United masih mampu mengejar gelaran juara, Mourinho berkata “Anda harus jujur dan menyatakan bahawa ia sangat sukar. Bukan hanya dari segi perbezaan mata, tetapi juga dari segi falsafah permainan Chelsea," katanya kepada Sky Sports.
“Mereka tidak peduli apa orang mahu kata, apa yang orang lain fikir. Mereka hanya ingin menang. Dan, disebabkan itu, saya tidak melihat mereka akan kehilangan banyak mata.”