suria

Pusat Latihan Perahu Layar Bakal Terima Peralatan Gimnasium Baharu

Pulau Langkawi menjadi pusat latihan skuad negara menjalani latihan.

ALOR SETAR: Persiapan skuad perahu layar negara menghadapi Sukan SEA 2017 terus diperkukuhkan dengan pusat latihan mereka di Pulau Langkawi bakal menerima peralatan gimnasium yang baharu bulan depan.

Penyelia Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Nabil Fikkri Mohamed Fauzi berkata, sudah masanya peralatan di gimnasium tersebut yang menjadi medan latihan utama 38 atlet perahu layar negara, ditambah baik.

"Kita jangka semua kerja ubah suai di gimnasium itu selesai pada akhir Januari ini dan masa itu sangat tepat memandangkan pelayar kita sangat memerlukan kemudahan gimnasium yang dinaik taraf," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nabil Fikkri berkata, antara peralatan baharu yang dibawa masuk ialah beberapa jenis treadmill, weight plate, fitness bench serta basikal statik untuk kegunaan latihan fizikal. 

"Ada juga beberapa peralatan yang ditambah jumlahnya bagi memudahkan atlet berlatih dengan lebih baik terutama menghadapi Sukan SEA 2017 serta pertandingan antarabangsa yang lain," katanya. 

Perahu layar, pusat latihan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain