MANCHESTER United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut selepas menang 3-1 ke atas Sunderland pada aksi di Old Trafford lewat Isnin malam.
Skuad Jose Mourinho itu membuka jaringan awal menerusi Daley Blind minit ke-39 menggunakan kelebihan tendangan kaki kirinya.
Bagaimanapun United terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk meraih kedudukan selesa selepas Zlatan Ibrahimovic menambah gol kedua pada minit ke-82.
Perlawanan ‘Boxing Day’ itu lebih meriah apabila Henrikh Mkhitaryan memastikan United menang bergaya dengan menyumbat gol ketiga minit ke-86.
Pasukan pelawat yang dibimbing bekas pengurus United, David Moyes itu berjaya memecah kebuntuan gol apabila Fabio Borini memberi jaringan sagu hati buat Sunderland pada minit terakhir permainan.
Senarai pemain:
Man Utd: De Gea, Valencia, Jones, Rojo, Blind, Herrera, Carrick, Pogba, Mata, Ibrahimovic, Lingard. (Simpanan): Martial, Smalling, Rashford, Romero, Mkhitaryan, Fellaini, Darmian.
Sunderland: Pickford, Jones, Djilobodji, Kone, Van Aanholt, Larsson, Denayer, Ndong, Borini, Defoe, Anichebe. (Simpanan): Mannone, Khazri, O'Shea, Love, Asoro, Honeyman, Embleton.
Pengadil: Martin Atkinson (W Yorkshire)