PETALING JAYA: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim, Mario Gomez tidak menjadikan perlawanan persahabatan sebagai pengukur buat anak buahnya, tetapi merupakan peluang untuk pasukannya mengkaji beberapa taktik sebelum mengharungi Liga Malaysia 2017. Menerusi kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, Gomez berkata, pada musim lepas, JDT tewas dalam dua perlawanan persahabatan tetapi masih mampu mendominasi Liga Super. Selain itu katanya, pemilik dan Presiden kelab telah menetapkan bahawa kestabilan kewangan sebagai keutamaan pada musim ini. Namun baginya, perkara itu bukan alasan untuk buat dirinya berusaha keras dengan skuad baharu dan cuba beraksi tanpa sebarang tekanan yang tinggi pada musim ini. "Saya gembira dengan komitmen pemain dan kami membuat beberapa perubahan yang jelas serta memerlukan masa. "Saya rasa kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk perlawanan pertama," katanya.