suria

Hanya Yang Layak Sahaja Dalam Pasukan - Musa Aman

Musa Aman (dua, kanan) menunjukkan jersi baharu pasukan Liga Perdana Sabah sempena majlis pengenalan pemain dan pegawai serta jersi pasukan itu pada Sabtu. Foto: Bernama

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Seri Musa Aman menuntut perubahan drastik dilakukan bagi memastikan tiada campur tangan luar atau mempolitikkan pengurusan skuad negeri itu musim ini. 

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata beliau akan lebih tegas terutama ketika membuat keputusan, selain memastikan hanya mereka yang layak sahaja berada dalam pasukan itu.

Ini berikutan prestasi pasukan Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat mengecewakan, malah hampir tersingkir daripada saingan Liga Perdana, musim lalu.

"Bagi 2017, saya akan lebih serius dan tegas dalam membuat keputusan danmemastikan profesionalisme dalam pengurusan pasukan. 

"Saya sendiri akan memastikan jangan ada politik dan campur tangan kumpulan tertentu," katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis pengenalan pemain, pegawai dan jersi Sabah bagi skuad Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia di sini pada Ahad.  

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan danTimbalan Presiden 2 Safa, Datuk Lawrence Gimbang. 

Mengulas lanjut, Musa juga menuntut pegawai, jurulatih dan pemain bersikap lebih profesional bagi menjadikan pasukan Sabah lebih berwibawa.

Sehubungan itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk memecat mana-mana pegawai, jurulatih mahupun pemain yang tidak memberikan khidmat dan kualiti terbaik pada musim ini. -Bernama

Datuk Seri Musa Aman, Sabah FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain