RAFAEL Nadal terpaksa bermandi peluh untuk menundukkan Alexander Zverev dalam aksi lima set bagi meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Terbuka Australia. Pemain Sepanyol berusia 30 tahun itu menang 4-6 6-3 6-7 6-3 6-2. Nadal yang juga pemain pilihan kesembilan kejohanan menunjukkan tanda-tanda positif kebangkitannya di Melbourne selepas mengharungi musim hambar tahun lalu. Zverev yang baharu sahaja berusia 19 tahun dilihat berpotensi cerah untuk dinobatkan sebagai juara Grand Slam selepas mengambil kira prestasi cemerlangnya tahun lalu. Namun sentuhannya masih belum cukup berbisa untuk menjinakkan Nadal. Nadal akan bertemu sama ada Gael Monfils dari Perancis atau pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber pada pusingan keempat bagi menghidupkan peluang merangkul trofi Grand Slam ke-15nya.