suria

Man United Menang Mudah 3-0 Di Leicester City

Aksi Juan Mata selepas mencatatkan gol ketiga buat Manchester United ketika pasukan itu menentang Leicester City di Stadium King Power, England, awal pagi Isnin. Foto Reuters

MANCHESTER United memperoleh kemenangan mudah sebagai pasukan tamu dengan 3-0 di Leichester City ketika menentang pasukan itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

Tiga gol diraih dalam tempoh kurang 10 minit oleh Henrikh Mkhitaryan, masing-masing pada minit ke-42, Zlatan Ibrahimovic (44'), dan Juan Mata (49').

Kemenangan Manchester United itu sekali gus menambah tekanan buat Liverpool dan Arsenal.

Manchester United kini berada pada tangga keenam Liga Perdana Inggeris dengan 45 mata.

Ia merapatkan lagi jurang dengan Liverpool dan Arsenal pada kedudukan kelima dan keempat, masing-masing 46 dan 47 mata.

Kemenangan ini juga merupakan yang pertama buat Manchester United dalam empat perlawanan terakhirnya.

Terdahulu, pasukan di bawah pimpinann Jose Mourinho ini hanya mencatatkan skor berimbang semasa menentang Liverpool dengan 1-1, Stoke City (1-1) dan Hull City (0-0).

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain