suria

Tamat Penggantungan, Sharapova Bakal Beraksi Di Terbuka Madrid

Maria Sharapova. -fotoAP
BEKAS juara, Maria Sharapova bakal meraikan tamatnya tempoh penggantungan selama 15 bulan kerana doping dengan beraksi di Terbuka Madrid, pegawai rasmi mengesahkan, Rabu.

Pemain dari Rusia ini, yang memenangi gelaran pada 2014 selepas menundukkan Simona Halep, dan tewas kepada Serena Williams dalam babak final pada tahun sebelumnya, kali terakhir beraksi pada kejohanan itu pada tahun 2015 dan mara ke separuh akhir.

Sharapova digantung kerana didapati mengambil ubat-ubatan terlarang selama satu dekad di bawah arahan doktor.

"Sharapova membuat permintaan untuk bermain dalam kejohanan itu dan selepas membuat pertimbangan mengenainya, kami memutuskan untuk memberi 'wild card' kepadanya," kata pengarah kejohanan, Manolo Santana.

"Maria adalah salah seorang pemain terbaik sejak 15 tahun yang lalu dan juga pemenang dalam kejohanan kami.

"Di Madrid dia selalu bermain dengan baik dan saya pasti dia akan kembali ke gelanggang dengan motivasi yang tinggi dan mahu melakukan yang terbaik dalam kejohanan pertamanya.

"Sharapova adalah salah seorang pemain mahu dilihat semua peminat tenis. Kehadirannya dalam Caja Magica adalah berita baik untuk kejohanan ini, untuk peminat dan untuk bandar Madrid," kata Presiden dan CEO Terbuka Madrid Gerard Tsobanian.

Kejohanan akan berlangsung dari 7 hingga 14 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Paul Pogba Tunjuk Gigi Baharu

Artikel Lain